ad

Media Selangor antara lima syarikat media bentuk konsortium penyiar rasmi SUKMA 2026

16 Ogos 2025, 12:51 AM
Media Selangor antara lima syarikat media bentuk konsortium penyiar rasmi SUKMA 2026
Media Selangor antara lima syarikat media bentuk konsortium penyiar rasmi SUKMA 2026
Media Selangor antara lima syarikat media bentuk konsortium penyiar rasmi SUKMA 2026
Media Selangor antara lima syarikat media bentuk konsortium penyiar rasmi SUKMA 2026
Media Selangor antara lima syarikat media bentuk konsortium penyiar rasmi SUKMA 2026

SHAH ALAM, 16 OGOS: Lima syarikat media termasuk Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) membentuk konsortium penyiar rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Konsortium iu akan menjadi model penyiaran sukan pertama seumpamanya dalam sejarah penganjuran SUKMA.

Selain MSSB, empat lagi syarikat media dipilih sebagai rakan rasmi adalah Astro, TV Sarawak (TVS), SGTV dan Arqiva UK.

SGTV adalah syarikat penyiaran sukan reputasi tinggi di Asia Tenggara, sebelum ini pernah terlibat dalam penyiaran Selangor Badminton Asia Team Championships 2024, Sukan SEA 2023 Phnom Penh dan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan plakad berlogo kepada Pengarang Kanan MSSB Khairulnizam Bakeri (dua, kiri) yang dipilih rakan rasmi penyiaran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 ketika Majlis Pelancaran Logo, Maskot, Tema SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Ogos 2025 . Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Manakala Arqiva UK merupakan penyedia infrastruktur penyiaran antarabangsa dengan pengalaman lebih 100 tahun, berpangkalan di United Kingdom.

MSSB adalah salah sebuah anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang berperanan sebagai media rasmi Kerajaan Negeri Selangor.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin diiringi EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi menyerahkan plakad logo kepada semua rakan rasmi penyiaran sukan tersebut pada majlis pelancaran SUKMA Selangor 2026 malam tadi.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyerahkan plakad logo kepada rakan penaja rasmi iaitu MBI, Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) dan Broadcast Production & Sales APAC (BPSA).

Sementara itu, Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Petronas SIC) yang menjadi lokasi rasmi majlis pembukaan kejohanan temasya edisi ke-22 itu dilantik sebagai rakan kerjasama strategik.

Semua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor termasuk beberapa agensi kerajaan dan swasta dilantik rakan kerjasama prasarana.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.