ad

Mohon lesen antara khidmat MBSJ disekat jika tidak jelaskan tunggakan

6 Ogos 2025, 1:10 PM
Mohon lesen antara khidmat MBSJ disekat jika tidak jelaskan tunggakan

SHAH ALAM, 6 OGOS: Sistem i-Sekat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang berkuat kuasa 1 Julai lalu mewajibkan pemohon perkhidmatan menjelaskan tunggakan terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan diproses.

MBSJ memaklumkan, menerusi pelaksanaan sistem itu, akses kepada perkhidmatan seperti permohonan lesen, permit, tempahan kemudahan dan urusan teknikal akan disekat secara automatik.

"Sekatan ini akan dikenakan sekiranya pelanggan masih mempunyai tunggakan berkaitan cukai taksiran, kompaun trafik, kompaun pelbagai, sewaan aset dan bil air majlis.

“Antara perkhidmatan yang akan terjejas termasuk permohonan lesen perniagaan, permit iklan, tempahan dewan atau padang serta urusan pembangunan yang memerlukan kelulusan teknikal daripada pihak majlis,” menurutnya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, MBSJ menasihati semua pelanggan agar melunaskan tunggakan masing-masing lebih awal bagi memastikan urusan permohonan tidak tergendala.

“Bayaran boleh dilakukan melalui Portal Ezy MBSJ atau Aplikasi Ezy MBSJ, manakala semakan status i-Sekat pula boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan kod QR yang disediakan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.