ad
AGENDA

Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights dijangka siap 26 Jun – MB

3 Jun 2025, 4:17 PM
Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights dijangka siap 26 Jun – MB
Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights dijangka siap 26 Jun – MB
Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights dijangka siap 26 Jun – MB

SHAH ALAM, 3 JUN: Laporan penuh siasatan teknikal berhubung insiden letupan saluran paip gas milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya pada April lalu dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.

Dato’ Menteri Besar berkata dapatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan digabung dengan hasil siasatan polis bagi memastikan laporan akhir merangkumi semua sudut.

[caption id="attachment_704181" align="aligncenter" width="814"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis penyerahan e-Bike kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, Shah Alam pada 3 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Siasatan teknikal sedang dilakukan dalam rangka masa yang diberikan iaitu 26 Jun ini akan siap. Siasatan jenayah dijalankan polis tidak boleh keluarkan sekarang kerana kena cantumkan sekali berikutan masih ada ruang yang dikenal pasti dari siasatan jenayah.

“Terutamanya dalam mengenal pasti tentang keutuhan paip, pergerakan tanah, tekanan aktiviti di luar. Itu semua skop siasatan bawah JKKP,” katanya Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan motosikal elektrik (e-Bike) kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, di sini hari ini.

[caption id="attachment_704173" align="aligncenter" width="782"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan melihat motosikal elektrik ketika majlis penyerahan e-Bike kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, Shah Alam pada 3 Jun 2025. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop (dua, kiri). Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan pihaknya termasuk meneliti kemungkinan unsur kecuaian atau sabotaj telah selesai, dan kini menunggu laporan JKKP sebelum tindakan lanjut diambil.

Insiden letupan yang berlaku pada pagi 2 Syawal itu mencetuskan kebakaran besar dengan api menjulang melebihi 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Letupan turut mengakibatkan terbentuknya kawah besar berkedalaman 9.8 meter dan berkeluasan kira-kira 21 kali 24 meter di tapak kejadian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.