ad
EXCO

Sistem SELangkah kembali berfungsi 10 Jun ini, lebih cekap, selamat, stabil

30 Mei 2025, 4:35 PM
Sistem SELangkah kembali berfungsi 10 Jun ini, lebih cekap, selamat, stabil
Sistem SELangkah kembali berfungsi 10 Jun ini, lebih cekap, selamat, stabil

SHAH ALAM, 30 MEI: Penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) yang berdepan masalah penggunaan kad boleh membawa baki kredit bulan ini kepada Jun depan.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata keputusan berkenaan membolehkan penerima menggunakan manfaat bulan ini sepenuhnya sehingga 30 Jun.

“Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung gangguan teknikal dialami pengguna aplikasi SELangkah terutamanya penerima manfaat Bingkas.

[caption id="attachment_699917" align="alignleft" width="500"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di Studio Media Selangor, Shah Alam pada 6 Mei 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Agensi pelaksana, Selcare Management Sdn Bhd sedang menjalankan penyelenggaraan aplikasi berkenaan bagi memastikan sistem berfungsi dengan cekap, selamat, stabil serta menjamin kelangsungan dan kebolehgunaan sistem secara berterusan.

“Aplikasi SELangkah akan kembali berfungsi sepenuhnya pada 10 Jun 2025,” katanya menerusi kenyataan.

Anfaal turut mengingatkan orang ramai yang mahu membuat aduan berkaitan aplikasi SELangkah dan program Bingkas menerusi talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

Bingkas merupakan satu daripada 46 skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang, yang menawarkan bantuan bulanan RM300 selama dua tahun.

Inisiatif tersebut khusus untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah, dengan peruntukan RM108 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.