ad
EXCO

Sambutan Wesak peringkat negeri meriah, kukuh perpaduan kaum

17 Mei 2025, 7:12 AM
Sambutan Wesak peringkat negeri meriah, kukuh perpaduan kaum
Sambutan Wesak peringkat negeri meriah, kukuh perpaduan kaum
Sambutan Wesak peringkat negeri meriah, kukuh perpaduan kaum
Sambutan Wesak peringkat negeri meriah, kukuh perpaduan kaum

SHAH ALAM, 17 MEI: Sambutan perayaan Hari Wesak peringkat negeri di tokong Maha Karuna Vihara, Elmina di sini, hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran pengunjung berbilang bangsa.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama bukan Islam Selangor Ng Sze Han. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Lau Weng San.

Orang ramai dihiburkan dengan tarian tradisional kepelbagaian kebudayaan, persembahan kebudayaan Buddhist, orkestra Cina, tarian Sri Lanka selain dihidangkan makanan vegetarian secara percuma.

[caption id="attachment_701510" align="alignnone" width="857"] Pengerusi Jawatankuasa Agama bukan Islam Selangor Ng Sze Han (empat, kanan) melakukan gimik perasmian sambutan Hari Wesak peringkat negeri Selangor yang turut dihadiri Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San (empat, kiri) di Maha Karuna Vihara, Seksyen U17, Shah Alam pada 17 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pengunjung bersama keluarga masing-masing mula tiba awal pagi untuk memberi penghormatan pada pengasas agama Siddharta Gautama melalui patung Buddha.

Aktiviti menarik lain yang disediakan seperti pertandingan fotografi, cabutan bertuah dan tayangan filem animasi untuk kanak-kanak.

Presiden Majlis Theravada Buddha, Tan Leng Huat berkata penganjuran yang mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri menyatukan masyarakat majmuk dengan meraikan kepelbagaian dan menghormati perbezaan.

[caption id="attachment_701511" align="alignleft" width="350"] Presiden Majlis Theravada Buddha, Tan Leng Huat[/caption]

“Saya berasa amat bangga kerana program hari ini menghimpunkan lima masyarakat utama Buddha, Taoism, Kristian, Hindu termasuk Islam.

“Ia juga menonjolkan kekuatan Malaysia yang kaya dengan semangat perpaduan,” katanya ketika ditemui.

Pengunjung, Dasa Wilson, 69, memberitahu sambutan Hari Wesak hari ini mengajar manusia untuk memupuk sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.

[caption id="attachment_701512" align="alignright" width="345"] Dasa Wilson[/caption]

“Semua tetamu yang datang dihidangkan makanan vegetarian sebagai tanda penghormatan kepada kaum Muslim dan Hindu.

“Saya amat gembira pelbagai lapisan masyarakat datang sambil makan secara beramai-ramai menunjukkan semangat perpaduan di Selangor amat tinggi,” ujarnya.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menyokong rumah ibadat bukan Islam di Selangor, termasuk RM3.6 juta untuk rumah ibadat Buddha dan Tao, RM1.7 juta untuk Hindu, dan sejumlah lain untuk Kristian dan Sikh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.