ad
SELANGOR

MB ucap tahniah Selangor raih juara pertandingan bahas guru

16 Mei 2025, 5:23 AM
MB ucap tahniah Selangor raih juara pertandingan bahas guru
MB ucap tahniah Selangor raih juara pertandingan bahas guru

SHAH ALAM, 16 MEI: Dato’ Menteri Besar merakam ucapan tahniah kepada pasukan guru dari Selangor yang merangkul gelaran juara menerusi Pertandingan Bahas Guru Piala Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut memuji usul yang dibawa dalam pertandingan akhir yang disifatkan cukup signifikan iaitu “Reformasi Pendidikan Jalan Terbaik Menyelesaikan Kesenjangan Pendidikan”.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasukan bahas guru dari Selangor yang menjadi pihak kerajaan berbahas dengan pasukan Pahang selaku pembangkang sekali gus berjaya merangkul johan.

“Terus harumkan nama negeri Selangor dengan hujah bernas dan idealisme yang membina demi masa depan pendidikan negara,” katanya menerusi Facebook.

Pertandingan berkenaan diadakan sempena sambutan Hari Guru ke-54 di Kuching, Sarawak pada 14 Mei lalu.

Senarai pendebat pasukan Selangor:

  • M Parimala (SJK (Tamil) Telok Panglima Garang)
  • Mohd Mazwan A Razak (SK Taman Samudra)
  • Siti Nur Shafika Fakharuzi (SK Seksyen 7, Shah Alam)
  • Norazman Ahmat Syafri (SK Jalan 3, Hulu Langat)
  • Sugasini Kumar Rao (SJK (Cina) Tshing Nian)
  • Pengurus pasukan, Noor Ismahisham Ismail (Jabatan Pendidikan Negeri Selangor)

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.