ad
AGENDA

38 warga asing ditahan di Pasar Moden SS15, Subang Jaya

14 Mei 2025, 3:00 PM
38 warga asing ditahan di Pasar Moden SS15, Subang Jaya

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk 11 wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya dekat sini.

Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula 11.15 pagi itu terdiri warga Indonesia, India dan Myanmar berusia lingkungan 17 hingga 53 tahun.

“Kebanyakan mereka bekerja sebagai pembantu kedai di medan selera dan pasar basah.

“Siasatan dilakukan bagi kesalahan tidak mempunyai permit, permit tamat tempoh dan tidak mematuhi syarat permit untuk tinggal di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi tamat.

Beliau berkata mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.