Oleh Dewi Abdul Rahman
SHAH ALAM, 6 APRIL: Berpuluh-puluh kediaman dan kenderaan mengalami kerosakan susulan kejadian ribut kuat yang melanda Kampung Melayu Subang, sekitar 4 petang tadi.
Saksi kejadian, Marniza Othman, 41, berkata penduduk segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan selepas melihat banyak pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin.
"Waktu itu saya menyangkakan seperti hujan batu sebab bunyi yang terlalu kuat, namun setelah lihat di luar rumah bumbung rumah sudah tercabut. Keadaan ketika itu agak kelam-kabut, air juga menitik masuk ruang tamu dan bilik tidur.
"Ada beberapa rumah turut dihempap pokok, dari kawasan Jalan Bukit Badak sehingga Subang Perdana, hampir 20 buah rumah terjejas," ujarnya.
Beliau berkata penduduk menyifatkan keadaan yang berlaku dalam tempoh singkat itu amat mencemaskan apatah ketika ramai yang berkunjung sempena Aidilfitri.
[caption id="attachment_695283" align="aligncenter" width="680"] Beberapa batang pokok tumbang dan ada antaranya menghempap kenderaan susulan ribut yang melanda Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitarnya pada 6 April 2025. Foto Facebook Kampung Melayu Subang Official[/caption]