ad
AGENDA

MB edar 1,000 bubur lambuk, 500 kupon digital di bazar Ramadan Bukit Beruntung

12 Mac 2025, 11:30 AM
MB edar 1,000 bubur lambuk, 500 kupon digital di bazar Ramadan Bukit Beruntung
MB edar 1,000 bubur lambuk, 500 kupon digital di bazar Ramadan Bukit Beruntung
MB edar 1,000 bubur lambuk, 500 kupon digital di bazar Ramadan Bukit Beruntung
MB edar 1,000 bubur lambuk, 500 kupon digital di bazar Ramadan Bukit Beruntung

HULU SELANGOR, 12 MAC: Dato’ Menteri Besar mengedarkan 1,000 pek bubur lambuk kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan Taman Bunga Raya Bukit Beruntung di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Julaihah Jamaludin turut mengedarkan 500 kupon digital Platform Selangor (PLATS) bernilai RM10.

Terdahulu, Amirudin menyempurnakan majlis pelancaran Bazar Ramadan Mampan 2025 dan Kempen Bebas Beg Plastik #TakNakBazir di bazar berkenaan.

[caption id="attachment_691200" align="aligncenter" width="781"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menunjukkan kod QR Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) ketika pelancaran program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Bebas Beg Plastik #TakNakBazir di Tapak Penjaja, Taman Bunga Raya, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam kunjungan kira-kira setengah jam itu, Amirudin turut beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung termasuk menerima pelawaan mereka untuk berswafoto.

Sebelum ini, EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata sebanyak 4,000 kupon digital bernilai RM10 diagih di 10 bazar Ramadan menerusi program PLATS Masuk Bazar.

Menurutnya, kupon RM10 membabitkan peruntukan RM40,000 daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

[caption id="attachment_691201" align="aligncenter" width="745"] Pengunjung mengimbas kos QR Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) di Tapak Penjaja, Taman Bunga Raya, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

Mula diperkenal pada Ramadan 2020, PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor dan setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancar bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

Pada 2023 MBI turut memperkenal Kempen PLATS Masuk Pasar selama dua bulan di 12 lokasi terpilih seluruh negeri dengan mengedar 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5.

Setakat Oktober tahun lalu, seramai 40,000 peniaga melibatkan semua produk niaga sudah menyertai platform berkenaan dan Kerajaan Negeri menyasarkan 50,000 peniaga menyertainya menjelang 2026.

[caption id="attachment_691199" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung menunjukkan kod QR Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) ketika pelancaran program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Bebas Beg Plastik #TakNakBazir di Tapak Penjaja, Taman Bunga Raya, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.