SHAH ALAM, 22 MEI: Dato’ Menteri Besar menyeru umat Islam memperbanyakkan amalan ibadah dan kebaikan sempena Hari Arafah yang bakal disambut pada 9 Zulhijjah bersamaan 26 Mei ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Hari Arafah merupakan antara hari mulia dan penuh keberkatan dalam Islam yang wajar dimanfaatkan dengan memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan kebajikan.

“Marilah kita bersama merebut ganjaran pahala yang besar pada hari yang penuh kemuliaan ini dengan memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan kebaikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau turut mengulas intipati khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh kepentingan Hari Arafah dalam Islam, khususnya ketika jutaan umat Islam berkumpul menunaikan ibadah wukuf di Padang Arafah.
“Justeru, dalam suasana penuh keinsafan dan pengabdian kepada Allah SWT, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun dengan satu tujuan yang sama iaitu mengharapkan keampunan, rahmat dan keberkatan daripada-Nya.
“Semoga segala ibadah jemaah haji dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah,” katanya.








