ad
AGENDA

MB ajak umat Islam rebut keberkatan, junjung kemuliaan Ramadan

1 Mac 2025, 3:03 PM
MB ajak umat Islam rebut keberkatan, junjung kemuliaan Ramadan

SHAH ALAM, 1 MAC: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan menghayati Ramadan kepada seluruh umat Islam.

Dato' Seri Amirudin Shari turut mengajak muslimin dan muslimat merebut keberkatan dan menjunjung kemuliaan Ramadan.

"Ramadan tiba, satu kewajipan buat kita kaum muslim yang perlu melaksanakan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa fardhu di bulan Ramadan.

"Ayuh kita rebut keberkatan dan menjunjung kemuliaan bulan ini bersama-sama, insya-Allah," katanya di Facebook.

Umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa bermula esok.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.