ad
PBT

Lebih 3,000 peserta meriahkan maraton Subang Jaya, galak gaya hidup sihat

23 Feb 2025, 8:27 AM
Lebih 3,000 peserta meriahkan maraton Subang Jaya, galak gaya hidup sihat
Lebih 3,000 peserta meriahkan maraton Subang Jaya, galak gaya hidup sihat

SHAH ALAM, 23 FEB : Lebih 3,000 orang menyertai Subang Jaya Half Marathon 2025 bermula di pekarangan Kompleks beli-belah Subang Parade, SS 16, hari ini.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) program itu melibatkan penyertaan seramai 1,306 acara larian 21 kilometer (km), 1,133 peserta (10km) manakala masing-masing 580 peserta menyertai larian santai dan cabaran kerusi roda sejauh 5km.

“Penganjuran Subang Jaya Half Marathon ini bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dan memperkukuh semangat kesukanan serta perpaduan dalam komuniti bandar raya.

“Diharapkan program ini menjadi platform bagi komuniti bandaraya beriadah dan menjalani gaya hidup sihat pada masa sama menyokong usaha MBSJ realisasi matlamat pembangunan mampan,” maklumnya menerusi kenyataan.

Program bermula jam 4 pagi tadi itu turut mendapat kerjasama Puncak Ventures SRA Sdn Bhd dan Persatuan Olahraga Para Selangor.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali bersama Pengarah Puncak Ventures SRA Sdn Bhd Zainudin Lot dan Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Para Selangor G Mohan.

[caption id="attachment_688493" align="aligncenter" width="703"] Peserta dalam kalangan OKU turut menyertai Subang Jaya Half Marathon 2025 pada 23 Februari 2025. Foto MBSJ[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.