ad
EXCO

Negeri teliti bangun kaedah digitalisasi daftar Khairat Darul Ehsan

22 Nov 2024, 2:08 PM
Negeri teliti bangun kaedah digitalisasi daftar Khairat Darul Ehsan

SHAH ALAM, 22 NOV: Kerajaan Negeri meneliti membangunkan kaedah pendaftaran bantuan skim Khairat Darul Ehsan berjumlah RM1,000 secara digitalisasi, maklum EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor sedang merangka format pendaftaran skim itu yang akan dibuka pada Februari tahun hadapan.

Tambahnya, tindakan itu untuk memastikan hanya waris yang layak membuat tuntutan.

“Ini penting kita mahu memastikan orang yang datang menuntut adalah waris sah seperti anak kepada ibu atau bapa mereka yang meninggal dunia.

“Ia masih dalam peringkat kajian dengan mengambil kira juga tahap literasi teknologi maklumat warga emas yang ingin memohon nanti selain tidak semua di kalangan mereka menggunakan telefon pintar,” katanya.

Beliau ditemui di Perpustakaan Bangunan Annex, Wisma Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM20 juta untuk melaksanakan skim itu mulai 1 Jun tahun depan, memanfaatkan 20,000 individu berusia 50 tahun ke atas serta orang kurang upaya (OKU).

Bantuan khairat kematian warga emas melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dihentikan pada Mei 2019 sebelum disambung semula pada 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.