ad
BERITA UTAMA

Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025

16 Nov 2024, 6:00 AM
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025
Apa rakyat dapat dari Belanjawan Selangor 2025

Pelbagai bentuk manfaat diperoleh segenap lapisan rakyat melalui Belanjawan 2025 yang dibentang Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 15 November.

Dari kelompok pelajar, usahawan, pemimpin agama hingga warga emas, aneka bantuan disalur sama ada berbentuk sumbangan tunai, kemudahan prasarana, latihan mahupun agihan baucar.

Dengan nilai keseluruhan RM3 bilion, belanjawan tersebut menyediakan peruntukan RM1.7 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala pembangunan negeri (RM1.3 bilion).

Wartawan Abdul Rahim Sabri merangkum intipati menarik lagi penting yang dinikmati orang ramai menerusi belanjawan bertema Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani antaranya:

PELAJAR

  • tuisyen percuma untuk 130,000 termasuk pelajar tingkatan empat melalui dana RM10 juta
  • bantu pulih 25,000 murid belum kuasai kemahiran baca, tulis dan kira
  • tampung yuran 500 hingga 60 mahasiswa Universiti Selangor dan Universiti Islam Selangor
  •  2,000 mahasiswa terima baucar buku melalui peruntukan RM400,000
  •  RM1,000 untuk anak Selangor yang lanjut pengajian ke institusi pengajian tinggi
  • bantuan sekali bayar RM1,000 kepada individu jalani latihan industri

[caption id="attachment_657539" align="aligncenter" width="1077"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama peserta sempena majlis pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2024 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH & OKU

  • nikmati harga murah melalui pembukaan 10 Pasar Raya Ehsan Mart
  • menerus pemberian air percuma hasil peruntukan RM40 juta
  • terima baucar Jom Shopping Perayaan dari dana RM12 juta

[caption id="attachment_662368" align="aligncenter" width="1158"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad (tiga, kiri) EXCO Pertanian Ir Izham Hashim (tig, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi (dua, kiri) di depan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves pada 8 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

UMAT ISLAM

  • 21 pakar al-Quran dan qiraat terima elaun bulanan melalui peruntukan RM303,000
  •  memberdaya imam, guru agama, pemegang tauliah di Akademi Literasi al-Quran
  • taja jemaah berpendapatan rendah tunai haji secara percuma dari dana RM1.2 juta
  • insentif RM1,000 untuk jemaah haji melalui peruntukan RM6 juta
  • khairat kematian RM1,000 untuk penduduk berusia 50 tahun ke atas dan orang kurang upaya

[caption id="attachment_641165" align="aligncenter" width="1242"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) menyaksikan penyerahan cek cura Insentif Haji Muassasah Daerah Hulu Selangor oleh Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Selangor Ahmad Azri Zainal Nor kepada penerima ketika majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Pendidik dan Jemaah Haji Muassasah peringkat Hulu Selangor pada 5 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

WARGA EMAS

  • bina dua rumah aktiviti di Kuala Langat dan Hulu Selangor
  • naik taraf empat rumah sama di Ampang, Paya Jaras, Setia Alam dan Seri Kembangan
  • RM400,000 untuk program pendidikan kesihatan, gaya hidup sihat

[caption id="attachment_661187" align="aligncenter" width="1050"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama warga emas selepas merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua di Kampung Wira Damai, Gombak pada 1 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

PESAKIT

  • khidmat ambulans percuma meliputi empat majlis bandaraya sebelum diperluas ke PBT lain
  • lanjutkan program saringan percuma RM2 juta
  • RM5 juta bantuan pelbagai penyakit antaranya barah, dialisis buah pinggang dan tibi
  • teruskan skim rawatan jantung RM5 juta
  • RM500,000 untuk tangani isu kesihatan mental

[caption id="attachment_533240" align="aligncenter" width="1230"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menaiki ambulan selepas menyaksikan penyerahan ambulans kepada Persatuan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak oleh Yayasan Al-Baghadi di Kampung Pengantin, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

USAHAWAN

  • Dana Usahawan Madani Selangor RM2 juta untuk peniaga mikro
  • RM1 juta untuk teruskan latihan keusahawanan
  • sedia RM1 juta promosi pasaran dalam dan luar negara
  • RM5 juta perkasa perusahaan kecil dan sederhana melalui PLATS Selangor

[caption id="attachment_617594" align="aligncenter" width="1005"] EXCO Pembangunan Keusahawanan Najwan Halimi menunjukkan minuman yang dibeli menggunakan imbasan kod QR Platform Selangor (PLATS) ketika meninjau program PLATS Masuk Pasar di pasar malam Setia Taipan, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

PEMAIN INDUSTRI

  • pendek tempoh kelulusan kebenaran merancang dari 3.5 bulan kepada 14 hari
  • mulai April, kelulusan kebenaran merancang semua PBT dalam 7 hari
  • lulus lesen perniagaan dalam 24 jam bagi kawasan indusri terancang
  • pendek masa kelulusan dari 99 hari kepada 14 untuk pelan kemajuan
  • lulus kebenaran merancang berkaitan rumah dari 86 kepada 7 hari

ORANG ASLI

  • baik pulih rumah menggunakan peruntukan RM1 juta
  • RM1 juta tingkat kemudahan di Perkampungan Budaya Mah Meri

[caption id="attachment_661040" align="aligncenter" width="1226"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.