ad
PBT

3,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan MBSA, 100 penduduk terima bakul makanan

10 Nov 2024, 4:30 AM
3,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan MBSA, 100 penduduk terima bakul makanan
3,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan MBSA, 100 penduduk terima bakul makanan
3,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan MBSA, 100 penduduk terima bakul makanan
3,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan MBSA, 100 penduduk terima bakul makanan

SHAH ALAM, 10 NOV: Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 3,000 individu.

Pengarah pembangunan komunitinya Shahrin Ahmad berkata semua peserta menyertai acara larian sejauh lima km mengelilingi pusat bandar.

[caption id="attachment_672309" align="aligncenter" width="809"] Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad bercakap kepada media selepas program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ini merupakan acara bulanan antara majlis dengan masyarakat. Selain beriadah dan bersenam, program juga dapat menjaga kualiti alam sekitar.

“Program ini memberi manfaat besar dan akan diteruskan dengan pelbagai laga acara selingan yang menarik,” katanya ketika ditemui hari ini.

[caption id="attachment_672308" align="aligncenter" width="812"] Sebahagian peserta larian program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Berlangsung di Dataran Kemerdekaan, program berkenaan turut menyerahkan sumbangan bakul makanan dari MBSB Bank kepada 100 penduduk kurang mampu.

“Penerima mendapat barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, susu, tepung dan sardin bernilai RM100,” katanya.

[caption id="attachment_672307" align="aligncenter" width="733"] Peserta melakukan senaman ringan sebelum larian Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.