SHAH ALAM, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Hulu Langat sehingga 5 petang ini.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah juga dijangka alami keadaan sama.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.