ad
PBT

Karnival Bandaraya Diraja Klang buka tirai 23 Okt, tawar hadiah motosikal

24 Sep 2024, 10:30 AM
Karnival Bandaraya Diraja Klang buka tirai 23 Okt, tawar hadiah motosikal
Karnival Bandaraya Diraja Klang buka tirai 23 Okt, tawar hadiah motosikal
Karnival Bandaraya Diraja Klang buka tirai 23 Okt, tawar hadiah motosikal

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 SEPT: Orang ramai dipelawa menghadiri Karnival Bandaraya Diraja Klang di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang yang dijadual berlangsung 25, 26 dan 27 Oktober.

Majlis Bandaraya Diraja Klang menerusi Facebook memaklumkan karnival yang bermula 9 pagi hingga 12 tengah malam itu turut menawarkan hadiah motosikal kepada pengunjung bertuah.

"Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda di sana antaranya zumba, aerodance, sukan tradisi, basikal tolak, mewarna dan pertunjukan fesyen.

"Menariknya, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi lagenda rock tanah air Dato' Awie, Hazama, Black, Tajul, Afieq Shazwan dan Suki Low," katanya menerusi Facebook.

Selain itu, turut diadakan pameran kereta dan motosikal, pertunjukan bunga api, pertandingan karaoke dan kitar semula.

Bebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi talian 011-1129 7764 (Zaireezal) atau 011-6386 3184 (Radi) atau layari media sosial rasmi MBDK.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.