ad
SELANGOR

MB ucap tahniah Bonnie rangkul emas kedua negara di Paris

6 Sep 2024, 2:15 PM
MB ucap tahniah Bonnie rangkul emas kedua negara di Paris

SHAH ALAM, 6 SEPT: Kejayaan Badang negara meraih pingat emas dan memecahkan rekod dunia acara angkat berat kategori 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris mendapat perhatian Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari merakam ucapan tahniah kepada Bonnie Bunyau Gustin yang mengharumkan nama Malaysia dengan pingat emas kedua pada temasya tersebut hari ini.

"Saudara Bonnie juga berjaya memecah rekod dunia dengan angkatan 232kg yang berjaya dilakukan pada cubaan ketiga.

"Semangat juang yang luar biasa," tulisnya di Facebook.

Berlangsung di venue Porte de La Chapelle Arena, Bonnie membuktikan beliau sukar digugat dengan melakukan angkat seberat 232kg sekali gus melebur rekod lama miliknya 231kg yang dilakukan pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai.

Jumlah angkatanya itu merupakan rekod baharu temasya Sukan Paralimpik mengatasi rekod lama juga milik Bonnie iaitu 228kg pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Emas pertama kontinjen Malaysia diperoleh menerusi jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou yang menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia, 21-13, 21-15 dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang perak acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) manakala gangsa diperoleh menerusi Eddy Bernard dalam acara 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.