ad
PBT

MBSJ tutup dua pusat penjagaan kesihatan sedia khidmat urut

6 Sep 2024, 8:47 AM
MBSJ tutup dua pusat penjagaan kesihatan sedia khidmat urut

SHAH ALAM, 6 SEPT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menutup dua premis penjagaan kesihatan yang mengendali pusat urut tanpa lesen di USJ 21 dan SS15 kelmarin.

Bahagian Komunikasi Korporatnya menerusi kenyataan memaklumkan tindakan sitaan barangan berkaitan perniagaan turut diambil dalam operasi pusat urut.

“Hasil risikan dan siasatan didapati dua pusat penjagaan kesihatan mengendalikan pusat urut tanpa mempunyai lesen di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3(4) Pusat Kecantikan & Penjagaan Kesihatan 2013 dan boleh didenda maksimum sehingga RM1,000 jika disabitkan kesalahan.

“Kedua-dua premis tersebut telah dikenakan tindakan penutupan serta tindakan sitaan barangan berkaitan perniagaan di bawah kesalahan UUK 36(1) UUK 42(1) Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013,” katanya.

Operasi tersebut diketuai Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Pelesenan dan Jabatan Bangunan.

MBSJ menambah pemantauan berkala diteruskan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau premis yang melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.