ad
BERITA UTAMA

Lebih 67 juta penumpang guna perkhidmatan Bas Smart Selangor

28 Feb 2024, 6:22 AM
Lebih 67 juta penumpang guna perkhidmatan Bas Smart Selangor

SHAH ALAM, 28 FEB: Lebih 67 juta penumpang direkod menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak 2015, sekali gus memenuhi sasaran pelaksanaannya, kata EXCO perumahan.

Borhan Aman Shah menjelaskan perkhidmatan itu bukan untuk meraih untung, sebaliknya bagi mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM15.03 juta sepanjang tahun lalu bagi kos keseluruhan operasi termasuk penyelenggaraan kepada syarikat yang dilantik pihak berkuasa tempatan," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sentosa G Gunarajah pada sidang Dewan Negeri hari ini.

Selangor memperuntuk RM5 juta tahun ini bagi mengoptimumkan penggunaan Bas Smart Selangor dan penambahan van serta bas mini melalui perkhidmatan transit atas permintaan (DRT).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.