ad
PBT

MPSepang tawar kompaun tempat letak kereta RM10 sepanjang Januari

6 Jan 2024, 1:40 AM
MPSepang tawar kompaun tempat letak kereta RM10 sepanjang Januari
MPSepang tawar kompaun tempat letak kereta RM10 sepanjang Januari
MPSepang tawar kompaun tempat letak kereta RM10 sepanjang Januari

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta serendah RM10 sepanjang bulan ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan semakan dan bayaran kompaun boleh dibuat menerusi aplikasi Flexi Parking atau di kaunter pembayaran MPSepang.

“Kempen pengurangan kompaun letak kereta bermula 1 hingga 31 Januari ini bagi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPSepang 2007.

“Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Perundangan MPSepang di talian 03-8319 0200, 03-83190300 atau hotline 03-83190230,” maklumnya menerusi Facebook.

Agensi itu turut memaklumkan pihaknya menyediakan kaunter bergerak di 34 lokasi terpilih sepanjang kempen bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran kompaun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.