Halang petak parkir, MPSepang keluarkan empat kompaun, sita barangan

24 Apr 2026, 3:04 AM
Halang petak parkir, MPSepang keluarkan empat kompaun, sita barangan
Halang petak parkir, MPSepang keluarkan empat kompaun, sita barangan
Halang petak parkir, MPSepang keluarkan empat kompaun, sita barangan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melaksanakan operasi pemeriksaan, rondaan dan sitaan di sekitar Pulau Meranti, bagi memastikan kawasan awam bebas halangan serta mematuhi undang-undang ditetapkan.

Operasi oleh Unit Malam Zon Utara MPSepang memberi tumpuan kepada pemantauan dan sitaan halangan di petak parkir, selain pemeriksaan kawasan perniagaan serta rondaan pematuhan undang-undang kecil.

MPSepang memaklumkan tindakan itu diambil bagi memastikan persekitaran awam lebih teratur, selamat dan tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Hasil operasi, sebanyak empat notis kompaun dikeluarkan manakala empat tindakan sitaan dilaksanakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas pihak berkuasa tempatan itu, tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang melarang peletakan barangan berkaitan aktiviti perniagaan di tempat awam tanpa kebenaran.

MPSepang menasihatkan semua pemilik premis supaya tidak meletakkan sebarang barangan di kawasan awam tanpa kebenaran serta sentiasa mematuhi undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

“Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun dan sitaan diambil,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.