ad
PBT

MBPJ kompaun 39 pemilik tanah gagal patuhi notis rumah kotor, semak samun

30 Nov 2023, 12:41 AM
MBPJ kompaun 39 pemilik tanah gagal patuhi notis rumah kotor, semak samun

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

PETALING JAYA, 30 NOV: Sebanyak 39 lot persendirian telah dikenakan tindakan kaveat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana gagal membersihkan kawasan kotor dan semak samun.

Timbalan Datuk Bandarnya Aznan Hassan berkata setiap pemilik dikenakan kompaun tidak lebih RM1,000 dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBPJ 1999).

“Notis pembersihan mengikut seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang meminta pemilik untuk menjalankan kerja pembersihan dalam tempoh notis turut diberikan,” katanya menerusi mesyuarat penuh MBSJ di sini semalam.

Tegas Aznan lagi, MBPJ turut melakukan kerja pembersihan di tanah berkenaan sekiranya tiada sebarang tindakan, bagaimanapun segala caj akan ditanggung pemilik lot terbabit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.