ad
EXCO

Kerajaan Negeri salur geran RM80,000 untuk bantu ibu tunggal

23 Nov 2023, 5:24 AM
Kerajaan Negeri salur geran RM80,000 untuk bantu ibu tunggal
Kerajaan Negeri salur geran RM80,000 untuk bantu ibu tunggal

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri menyalurkan geran keseluruhan RM80,000 kepada 16 persatuan ibu tunggal berdaftar di Selangor tahun lalu.

EXCO Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari berkata persatuan dengan keahlian 925 orang itu masing-masing menerima geran RM5,000.

"Pemberian geran bertujuan menyuntik dana kepada persatuan ini untuk bergiat lebih aktif ke arah memberdaya ibu tunggal yang menjalankan aktiviti di lokasi masing-masing.

"Bagi 2024, Kerajaan Negeri berhasrat perluas peserta melibatkan golongan ibu tunggal yang kebajikan mereka telah diabai oleh pasangan," katanya.

[caption id="attachment_535079" align="aligncenter" width="766"] Seramai 60 ibu tunggal B40 mengikuti Program Nur Pekawanis pada 7 Ogos 2022. Foto Facebook Pekawanis[/caption]

Beliau berkata demikian menjawab soalan wakil rakyat Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berhubung agenda pemberdayaan wanita di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Anfaal yang juga wakil rakyat Taman Templer berkata pelbagai nilai tambah dan perancangan masa depan akan dilaksanakan bagi merancakkan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW).

Katanya, antaranya menyediakan kursus yang mempunyai pengiktirafan pensijilan mikro menerusi kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi di Selangor.

"Selain itu, kita bercadang mencari peluang kerja bagi graduan AKW menerusi usaha padanan pekerjaan dan kemahiran bersama agensi yang signifikan di bawah Kerajaan Negeri," ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.