ad
AGENDA

Sempena Aidiladha, jualan mega barangan dapur di 10 lokasi mulai esok

24 Jun 2023, 11:00 AM
Sempena Aidiladha, jualan mega barangan dapur di 10 lokasi mulai esok

SEPANG, 24 JUN: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor menganjurkan jualan murah barangan asas sempena Aidiladha bermula esok.

EXCO pertanian Ir Izham Hashim berkata program Jualan Mega Ehsan Aidiladha itu akan diadakan di semua daerah di 10 lokasi terpilih selama tiga hari.

“Antara barangan yang akan ditawarkan jualan mega adalah ayam, daging segar, telur dan minyak masak. Harganya adalah lebih murah serta berpatutan.

“Program ini dirancang setiap tahun apabila tiba musim perayaan. Inisiatif ini seiring dengan dasar negeri yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

"Jualan mega ini menawarkan banyak penjimatan dan dijangka memberi manfaat kepada 12,000 penduduk,” katanya kepada Selangorkini selepas menghadiri Pesta Memancing Bagan Lalang 2023 di Jeti Sirip Biru di sini, hari ini.

Sebelum ini Izham mengumuman program Jualan Mega Rahmah Aidiladha berlangsung di enam lokasi pada hari ini dan esok.

Jualan murah itu menawarkan lebih banyak barangan asas termasuk 12,000 ekor ayam dan 6,000 papan telur, selain menyasarkan 20,000 pembeli sepanjang dua hari penganjurannya.

Lokasi Jualan Mega Ehsan Aidiladha:

25 Jun

- Pasar Tani Stadium Shah Alam

- Perkarangan Masjid Kampung Melayu, Batu 16, Rawang

26 Jun

- Pejabat Agama Islam daerah Klang

27 Jun

- Pasar Tani Kekal Puchong

- Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor

- Pejabat Fama Sabak Bernam

- Kompleks Penghulu Hulu Bernam Selatan

- Masjid Asy Syakirin Jenderam Hilir

- Kilang Kopi Fama, Kanchong Darat

- Dewan Komuniti Taman Kantan Permai

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.