ad
AGENDA

Ringan belanja sambut Aidiladha, negeri anjur jualan mega barangan asas

25 Mei 2024, 2:00 PM
Ringan belanja sambut Aidiladha, negeri anjur jualan mega barangan asas
Ringan belanja sambut Aidiladha, negeri anjur jualan mega barangan asas

SHAH ALAM, 25 ME: Kerajaan Negeri akan menganjurkan jualan mega sempena Aidiladha bagi meringankan belanja persiapan menyambut perayaan tersebut.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Jualan Ehsan Rahmah (JER) khas itu akan diadakan pada hujung minggu terakhir sebelum perayaan tersebut, yang dijangka disambut pertengahan bulan depan.

"Kita akan putuskan tidak lama lagi tarikh dan lokasi penganjuran jualan murah barangan asas ini. Program JER memang dinanti ramai setiap kali tiba musim perayaan.

"Insya-Allah, sempena Aidiladha yang bakal disambut tidak lagi, JER mega bakal kembali," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini.

[caption id="attachment_644611" align="aligncenter" width="688"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berucap ketika Majlis perasmian Program Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Mei 2024.Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Sempena sambutan Aidilfitri pada April lalu, Jualan Mega Ehsan Aidilfitri di negeri ini berlangung di 18 lokasi bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan kelengkapan raya.

Lima barangan utama iaitu ayam, daging, telur, minyak masak dan beras dijual pada harga bersubsidi melibatkan peruntukan sebanyak RM296,439.

Program khas perayaan ini turut dianjur bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.