ad
PBT

30 sertai program jahit beg guna kain rentang kitar semula

19 Jun 2023, 4:51 AM
30 sertai program jahit beg guna kain rentang kitar semula

Oleh Amirul Fazli

SHAH ALAM, 19 JUN: Seramai 30 peserta menyertai program menjahit beg menggunakan kain rentang (banner) kitar semula di Balai Raya Komuniti Batu 15 Dusun Tua Sabtu lalu.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan tujuan utama program untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran dan teknik asas dalam menjahit menggunakan material tersebut.

"Aktiviti ini juga mampu membantu meningkatkan tahap sosial ekonomi penduduk setempat dan mengurangkan masalah banner haram," katanya di Facebook.

Program anjuran Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj yang berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari disertai Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dan 2.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.