ad
PBT

MBSJ serbu tiga pusat urut tanpa lesen, sita alatan termasuk tilam

7 Jun 2023, 3:29 AM
MBSJ serbu tiga pusat urut tanpa lesen, sita alatan termasuk tilam

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 7 JUN: Tiga pusat urut yang beroperasi tanpa lesen di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ditutup selain beberapa alatan disita termasuk tilam, pada 1 Jun.

Bahagian Komunikasi Korporat MBSJ memaklumkan lokasi terlibat meliputi Uptown The Mines, Seri Kembangan; Jalan Kenari 2, Bandar Puchong Jaya dan USJ 9/5S, Subang Jaya.

"Hasil serbuan mendapati kesemua lokasi ini melakukan aktiviti tanpa lesen dan dikenakan tindakan penutupan premis serta peralatan perniagaan disita.

"Pemilik premis atau penganjur juga dikenakan tindakan perundangan," maklum pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam kenyataan pada 2 Jun.

Ketiga-tiga premis dikenakan notis penutupan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 42 (1) Undang- Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MBSJ 2013.

PBT itu menambah pemantauan akan dibuat dari masa ke masa selain tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang melanggar peraturan dan syarat ditetapkan pihak berkuasa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.