SHAH ALAM, 20 MAC: Sebanyak 78 masjid telah dan sedang dibina di Selangor sejak 2019 hingga tahun lepas, kata Dato' Menteri Besar.
Dato' Seri Amirudin Shari berkata pembinaan kesemua institusi agama berkenaan membabitkan kos sekitar RM185 juta.
"Kerajaan Negeri komited menyuburkan syiar Islam di bumi Darul Ehsan. Di Selangor, sebanyak 78 masjid telah dan sedang dibina sepanjang 2019 hingga 2022," tulisnya di Twitter hari ini.
[caption id="attachment_546966" align="aligncenter" width="721"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura RM10,000 kepada Nazir Masjid Al-Ansar Abd Hamid Surip (enam, kanan) selepas menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut di Taman Keramat, Ampang pada 31 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]
Sebelum ini, Amirudin turut memaklumkan Kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM1.4 bilion bagi mengukuhkan institusi masjid, surau dan sekolah agama.
Katanya, dana tersebut digunakan untuk kebajikan kakitangan masjid seperti imam, bilal dan siak dalam bentuk elaun serta sumbangan khas perayaan.
Turut diagihkan ialah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 4,200 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) serta keperluan institusi sekolah agama dan rumah ibadat.
[caption id="attachment_507453" align="aligncenter" width="730"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama wakil guru selepas majlis penyerahan bantuan sekolah agama rakyat berjumlah RM9.3 juta di Sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Al-Maarof, Johan Setia, Klang pada 11 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]