ad
PBT

Pembaikan jalan mendap selesai, laluan dibuka semula kepada pengguna

30 Dis 2022, 5:43 AM
Pembaikan jalan mendap selesai, laluan dibuka semula kepada pengguna

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 30 DIS: Kerja pembaikan jalan akibat mendapan tanah di AU3 Taman Keramat selesai malam tadi dan dibuka semula kepada pengguna dengan pemantauan kontraktor di tapak.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan kerja membaik pulih jalan seperti sedia kala akan dibuat setelah penanaman paip di lokasi berkenaan siap sepenuhnya.

Menurut Mohd Fauzi Mohd Yatim, mendapan tanah berlaku semasa pembicuan paip dijalankan di bawah jalan tersebut, yang disebabkan oleh ketidakstabilan struktur tanah.

"Susulan kejadian itu, Syarikat Puncak Niaga Construction Sdn Bhd (PNCSB) diarah untuk melaksanakan kerja pembaikan segera memandangkan kejadian tersebut boleh mengundang bahaya.

"Pihak PNCSB juga telah diminta untuk mengemukakan laporan terperinci kepada MPAJ mengenai kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan mendapan dengan kedalaman 6m berlaku di lokasi Projek Pembinaan Rangkaian Paip Pembentungan Bunus Kuala Lumpur (Reka dan Bina) dan laporan terperinci kejadian akan dikemukakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.