ad
PBT

Kejohanan berbasikal antara program Selamat Pagi Subang Jaya Ahad ini

28 Dis 2022, 5:46 AM
Kejohanan berbasikal antara program Selamat Pagi Subang Jaya Ahad ini
Kejohanan berbasikal antara program Selamat Pagi Subang Jaya Ahad ini

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 28 DIS: Orang ramai dipelawa menyertai pelbagai aktiviti pada program Selamat Pagi Subang Jaya anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Ahad ini.

Program bermula jam 7 hingga 11 pagi sempena Hari Tanpa Kenderaan berlangsung di Jalan Persiaran Kemajuan, berdepan pusat membeli-belah Subang Parade dan Aeon Big.

“Pelbagai aktiviti sihat seperti kayuhan, larian dan jalan santai, streetball & kid streetsoccer, memanah dan pemeriksaan kesihatan percuma dan terbaharu adalah kejohanan berbasikal," kata MBSJ di Facebook.

Program turut menawarkan acara hiburan seperti pertandingan nyanyian, pemuzik jalanan (busking), demo masakan selain menikmati pelbagai juadah di Pesta Sarapan Pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.