Kajian Placemaking SS15 perkukuh perancangan bandar mampan di Subang Jaya

5 Jun 2026, 4:36 AM
Kajian Placemaking SS15 perkukuh perancangan bandar mampan di Subang Jaya

SHAH ALAM, 5 JUN: Usaha memperkukuh kualiti hidup dan persekitaran bandar di SS15, Subang Jaya diteruskan menerusi pelaksanaan Kajian Placemaking yang menilai keperluan kawasan itu dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata kajian berkenaan bertujuan mendapatkan pandangan penduduk serta pemegang taruh bagi membantu merangka pembangunan yang lebih responsif terhadap keperluan komuniti setempat.

Menurut MBSJ, penilaian turut memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting termasuk penambahbaikan pengurusan trafik, pengukuhan jaringan pengangkutan awam dan pengaktifan ruang awam bagi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih kondusif.

“Pihak berkuasa akan menilai potensi kawasan dari aspek-aspek tersebut dengan mengfokuskan penambahbaikan pengurusan trafik, pengukuhan jaringan pengangkutan awam serta pengaktifan ruang awam.

“Diharapkan kajian ini dapat menjadi asas kepada pembangunan bandar yang lebih mampan dan inklusif,” menurut MBSJ menerusi hantaran di Facebook.

Penduduk serta pemegang taruh terlibat bersama memberi pandangan dalam sesi libat urus Kajian Placemaking di Kawasan SS15, Subang Jaya di Dewan Serbaguna MBSJ SS15, Subang Jaya pada 5 Jun 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya

Sesi libat urus bagi kajian tersebut dilaksanakan MBSJ bersama Think City dengan kerjasama penduduk serta pemegang taruh di Dewan Serbaguna MBSJ SS15, Subang Jaya semalam.

Program berkenaan turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.