ad
PBT

Tujuh premis makanan sekitar Kajang dikompaun atas pelbagai kesalahan

26 Dis 2022, 3:34 AM
Tujuh premis makanan sekitar Kajang dikompaun atas pelbagai kesalahan

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 27 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengeluarkan sembilan kompaun kepada pengusaha kedai makan atas pelbagai kesalahan pengendalian makanan dan perlesenan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pemeriksaan ke atas tujuh premis makanan itu dilakukan di Taman Tamin Jaya dan Bandar Mahkota Cheras pada Khamis lalu.

"Hasil pemeriksaan ke atas premis, lima kompaun kerana tidak mendapatkan suntikan imunisasi demam kepialu dan apa-apa penyakit," katanya menerusi Facebook hari ini.

MPKj memberitahu tiga kompaun dikenakan kepada pengusaha kerana tidak memasang dan menyelenggara perangkap minyak selain satu kompaun kerana tidak memakai apron dan penutup kepala yang bersih.

Seramai enam unit Kawalan Keselamatan Makanan dan Kesihatan Am Bahagian Kesihatan MPKj terlibat dalam pemeriksaan terbabit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.