ad
PBT

MBSJ serbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Puchong

12 Ogos 2022, 4:31 AM
MBSJ serbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Puchong

SHAH ALAM, 12 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyerbu dua pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen di sekitar Puchong Jaya semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook berkata operasi bersepadu bersama Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang turut menyita peralatan hiburan premis berkenaan.

Maklumnya pusat hiburan pertama melakukan kesalahan mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen manakala satu lagi tidak beroperasi semasa serbuan dijalankan.

"Pemantauan berkala terus dijalankan dari semasa ke semasa bersama polis dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang didapati melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.