ad
EXCO

Bina pentas di desa bantu penggiat seni jana pendapatan

4 Mac 2021, 8:33 AM
Bina pentas di desa bantu penggiat seni jana pendapatan

SHAH ALAM, 4 MAC: Kerajaan Negeri dalam rancangan menyediakan pentas persembahan di kawasan luar bandar bagi menjana pendapatan industri seni itu, kata EXCO kebudayaan.

Borhan Aman Shah berkata kemudahan itu dapat mengatasi isu keterbatasan ruang bagi pelakon teater, penyanyi, penari dan pemuzik sejak perebakan Covid-19.

"Selain menyediakan platform persembahan secara maya, kita boleh jalin kerjasama dengan syarikat produksi atau pengendali persembahan untuk menyediakan arena persembahan di luar bandar.

"Persembahan pentas tidak semestinya diadakan di bandar, kita boleh membawa peminat seni atau pelancong ke lokasi yang memiliki tarikan tertentu sekaligus membangunkan lagi kawasan tersebut," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Pada 1 Mac Kerajaan Negeri menganjurkan Rentak Selangor secara maya untuk menyemarak aktiviti seni dan budaya.

Persembahan secara langsung menerusi Facebook menampilkan 10 jenis persembahan antaranya tarian pooja, tarian bahbola, tarian merak, tarian joget Selangor dan muzik cempuleng berjaya meraih 62,000 tontonan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.