SELANGOR

Dua beradik meninggal dunia terperangkap dalam kebakaran

14 Jul 2019, 12:58 AM
Dua beradik meninggal dunia terperangkap dalam kebakaran

SHAH ALAM, 14 JUL : Dua beradik terbunuh dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Utama Kampung Indah, Banting awal pagi tadi.

Jurucakap bomba dalam kenyataan berkata, dua beradik tersebut dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan seluruh rumah tersebut.

Mangsa dikenali sebagai, Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 16 dan Nur Ain Sumayyah,13.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 2.48 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian pada 3.03 pagi.

"Dua jentera bomba iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dan Banting dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan anggota seramai 16 orang untuk memadam kebakaran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.