SELANGOR

10,000 banjiri Hi Tea Hari Raya DUN Batu Tiga

30 Jun 2019, 12:07 PM
10,000 banjiri Hi Tea Hari Raya DUN Batu Tiga
10,000 banjiri Hi Tea Hari Raya DUN Batu Tiga

 

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JUN: Kira-kira 10,000 masyarakat berbilang kaum mengunjungi Majlis Hi Tea Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, di Stadium JKR, di sini.

Ia turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah berkata, acara tahunan itu diadakan bertujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan antara kaum.

“Alhamdulillah, walaupun disambut dengan sederhana tetapi cukup meriah.

“Kita jangkakan hari ini seramai 10,000 penduduk hadir. Saya gembira sekali dengan sambutan dan sokongan yang diberikan rakyat dalam tempoh 11 tahun menjadi wakil rakyat di sini,” katanya kepada SelangorKini.

Rodziah berkata, menariknya di majlis itu, beliau memanggil peniaga yang pernah dibantunya menyediakan juadah.

Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai jenis makanan antaranya mee jawa, lempeng pisang, nasi impit kuah kacang, popia, roti jala, sate, popia, roti jala, sate dan cucur udang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.