ad
PBT

Deklamasi Sajak Petaling Jaya tawar hadiah lebih RM3,000

22 Feb 2019, 9:22 AM
Deklamasi Sajak Petaling Jaya tawar hadiah lebih RM3,000
Deklamasi Sajak Petaling Jaya tawar hadiah lebih RM3,000

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PETALING JAYA, 22 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2019, pada 27 April ini yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM3,000.

Dalam kenyataannya, MBPJ berkata, program bertemakan 'Petaling Jaya Bandaraya Peneraju, Dinamik & Lestari' akan diadakan di Muzium Petaling Jaya di sini.

Katanya, pertandingan itu terbuka kepada warga Petaling Jaya sahaja dan pemilihan sajak perlulah ciptaan sendiri yang asli serta berkaitan dengan tema ditetapkan.

"Terdapat tiga kategori utama dipertandingkan iaitu kategori sekolah rendah, menengah dan terbuka.

"Pertandingan ini juga terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori," katanya.

Hadiah akan diberikan pada setiap kategori merangkumi johan, naib johan, ketiga dan saguhati.

Untuk pihak berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Farhan atau Nafie di talian 03-79548122.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.