SELANGOR

3,000 meriahkan majlis Eidul Fitr MBI

10 Jul 2018, 5:54 AM
3,000 meriahkan majlis Eidul Fitr MBI

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 JULAI: Lebih 3,000 tetamu memeriahkan Majlis Silaturahim Eidul Fitr Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), di kediaman rasmi Dato' Manteri Besar, di sini, hari ini.

Majlis tahunan itu dinantikan tetamu dari pelbagai peringkat usia, bangsa dan agama dari jabatan kerajaan serta swasta juga sektor korporat bagi mengeratkan silaturahim sempena Aidilfitri.

Selain Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis Aidilfitri diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YM Raja Shahreen Raja Othman ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Mohamed Nazir Tun Razak; barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor.

Aneka juadah disediakan ialah lemang, nasi impit, sate, ketupat dan cendol durian.

Tetamu turut dihiburkan dengan alunan lagu raya persembahan artis jemputan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.