ad
SELANGOR

Hospital kerajaan juga caj GST pada perubatan

2016-11-02, 上午 9:36
Hospital kerajaan juga caj GST pada perubatan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 NOV: Kenyataan pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa rawatan juga produk perubatan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ternyata tidak benar apabila hospital kerajaan turut mengenakan cukai terbabit kepada pesakit.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata, kejadian itu dialami seorang wanita warga emas yang memohon bantuan daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Kota Anggerik untuk membiayai caj perubatan termasuk GST yang dikenakan Hospital Shah Alam.

"Dia datang mengadu ke pejabat saya beritahu terjatuh dan menyebabkan tulung punggungnya retak, namun tidak mampu membayar caj RM4,000 yang dikenakan.

"Rupa-rupanya untuk memasukkan 'plat' itu dikenakan GST, yang percuma hanya pembedahan sahaja," katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Yaakob berkata, kejadian amat menyentuh perasaan itu mungkin tidak berlaku jika Kerajaan Persekutuan lebih mengutamakan sektor kesihatan dan bukannya membazirkan dana kerajaan.

Pada masa sama, beliau turut menyentuh projek Hospital Shah Alam yang gagal menyediakan 500 katil untuk pesakit seperti dalam pelan asalnya.

"Keadaan itu menyebabkan Hospital Shah Alam didapati cepat menjadi sesak sebaik sahaja mula dibuka," katanya.

-AA-

关于我们

Media Selangor Sdn Bhd 是雪兰莪州务大臣机构(MBI)的子公司,作为州政府的媒体机构发挥作用。除了 Selangorkini 门户网站和 SelangorTV 之外,该公司还出版中文、淡米尔文和英文的门户网站和报纸。