24 masjid dan surau Subang Jaya terima sumbangan RM30,000

10 ஜூன் 2016, 6:58 AM
24 masjid dan surau Subang Jaya terima sumbangan RM30,000
24 masjid dan surau Subang Jaya terima sumbangan RM30,000

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 10 JUN: Enam masjid dan 18 surau di Subang Jaya menerima sumbangan RM30,000 sempena sambutan Ramadan tahun ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata sumbangan diberikan kepada semua masjid dan surau yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

IMG_8071Katanya, agihan kepada pusat ibadat Islam itu sudah dilaksanakan sejak 2008.

"Setiap masjid menerima sumbangan cek bernilai RM2,000 manakala surau masing-masing menerima RM1,000.

"Ini adalah peruntukan Ramadan yang memang setiap disediakan khusus bagi umat Islam melaksanakan apa juga bentuk program bagi meringankan kos masjid dan surau," katanya sewaktu penyampaian cek kepada Surau dan Masjid di Pejabat Adun Subang Jaya, hari ini.

Pada majlis sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut menyampaikan sumbangan RM11,500 kepada setiap masjid dan surau di kawasannya.

"Ini adalah kali pertama kita laksanakan dan peruntukan agak kecil kerana perlu dibahagikan kepada masjid dan surau di kawasan Seri Setia," katanya.

-AA-

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.