Program Clean & Green DUN Sentosa semarak budaya kebersihan, kelestarian

5 Jun 2026, 7:56 AM
Program Clean & Green DUN Sentosa semarak budaya kebersihan, kelestarian

SHAH ALAM, 5 JUN: Program Clean & Green Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa 2026 dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat dan komitmen penduduk dalam mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau serta lestari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata program berkenaan menjadi titik permulaan kepada gerakan kolektif komuniti dalam memupuk budaya kebersihan, menghargai alam sekitar dan memperkukuh semangat kejiranan.

Menurutnya, inisiatif Clean & Green yang dilaksanakan sejak April 2019 terus mendapat sokongan pelbagai pihak menerusi penganjuran aktiviti berkaitan kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

"Kejayaan inisiatif ini memerlukan penglibatan semua pihak kerana kebersihan dan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab bersama," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Clean & Green DUN Sentosa 2026 yang dirasmikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Abd Hamid Hussain, semalam.

Turut hadir wakil KDEB Waste Management (KDEBWM), MBDK, Ahli Majlis N48, persatuan penduduk, kawasan rukun tetangga (KRT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan yang komited terhadap pembangunan komuniti.

Dalam pada itu, Gunarajah merakamkan penghargaan kepada serta jawatankuasa Clean & Green yang menjayakan pelancaran program berkenaan.

"Bersama-sama kita membina DUN Sentosa yang lebih bersih, hijau dan lestari untuk generasi akan datang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.