Bantuan RM2,700 bantu petani, pengusaha agromakanan hadapi kenaikan kos

5 Jun 2026, 5:00 AM
Bantuan RM2,700 bantu petani, pengusaha agromakanan hadapi kenaikan kos
Bantuan RM2,700 bantu petani, pengusaha agromakanan hadapi kenaikan kos
Bantuan RM2,700 bantu petani, pengusaha agromakanan hadapi kenaikan kos
Bantuan RM2,700 bantu petani, pengusaha agromakanan hadapi kenaikan kos
Bantuan RM2,700 bantu petani, pengusaha agromakanan hadapi kenaikan kos
Bantuan RM2,700 bantu petani, pengusaha agromakanan hadapi kenaikan kos

SHAH ALAM, 5 JUN: Bantuan tunai Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor memberi kelegaan kepada golongan petani, nelayan, penternak dan pengusaha akuakultur yang sedang berhadapan dengan peningkatan operasi akibat ketidaktentuan ekonomi.

Menerusi inisiatif tersebut, penerima yang layak menerima bantuan RM2,700 sebulan selama enam bulan bagi membantu menampung kos operasi, sekali gus memastikan kelangsungan pengeluaran makanan dan perusahaan masing-masing.

Pengusaha PakDin Nanas, Rosdin Napiah, 58, berkata bantuan tersebut banyak membantu menampung keperluan perniagaan termasuk pembelian input pertanian dan kos operasi kebun.

Rosdin Napiah, 58. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Alhamdulillah, terpilih menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri. Walaupun bantuan ini untuk tempoh enam bulan, ia amat membantu sebagai sokongan menambah apa yang perlu bagi memastikan operasi kebun berjalan lancar.

“Cabaran utama dalam sektor ini antaranya adalah modal tetapi bantuan Kerajaan Negeri memberi ruang kepada saya mengukuhkan lagi perniagaan,” katanya kepada Media Selangor.

Rosdin atau lebih dikenali sebagai PakDin mengusahakan kebun nanas di Sabak Bernam sejak tujuh tahun lalu dan kini mempunyai kira-kira 80,000 pokok nanas pelbagai gred.

Mohd Hafiz Nordin, 42. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, pengusaha akuakultur dari Bestari Jaya, Mohd Hafiz Nordin, 42, berkata perusahaan berkenaan memerlukan komitmen tinggi kerana melibatkan hidupan yang perlu dijaga rapi.

Namun, beliau percaya sektor akuakultur mempunyai prospek yang cerah dan mampu menarik lebih ramai penyertaan golongan muda.

“Terima kasih Kerajaan Negeri kerana memilih saya sebagai salah seorang penerima. Bantuan tunai RM2,700 selama enam bulan sangat membantu untuk menampung kos operasi perusahaan akuakultur.

“Saya sarankan kepada belia, anak muda di luar sana cuba menceburi bidang akuakultur atau pertanian kerana sektor ini mempunyai potensi besar jika diusahakan dengan tekun dan sabar,” katanya yang mengusahakan sektor akuakultur hampir 20 tahun.

Nor Alwani Ahmad Hadi, 34. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Bagi pengusaha tanaman limau purut, Nor Alwani Ahmad Hadi, 34, bantuan memberikan suntikan semangat untuk meneruskan perusahaan keluarga yang diwarisi daripada arwah bapanya lebih 20 tahun lalu.

“Terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas bantuan yang diberikan. Saya berharap lebih banyak inisiatif seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada para pengusaha seperti kami.

“Memandangkan sektor pertanian merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan makanan yang amat penting kepada negara,” katanya yang mengusahakan ladang limau purut seluas empat ekar di Sungai Air Tawar.

Lebih 14,000 pemain industri Agromakanan di Selangor menerima pelbagai bentuk bantuan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor, inisiatif pertama di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor bernilai RM131 juta. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Dato’ Ir Izham Hashim menyampaikan sumbangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor kepada petani, pesawah, nelayan, penternak serta pengusaha akuakultur menerusi satu majlis di Dewan Seri Benam Sungai Besar, Sabak Bernam, semalam.

Inisiatif pertama di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor bernilai RM131 juta bakal memanfaatkan pemain industri agromakanan di seluruh negeri menerusi pelbagai bentuk bantuan.

Izham berkata bantuan berkenaan bertujuan membantu pemain industri menangani peningkatan kos operasi, memastikan kesinambungan pengeluaran makanan serta memperkukuh jaminan bekalan makanan negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.