200,000 penduduk B40 terima rawatan asas, suntikan vaksin

5 Jun 2026, 1:00 AM
200,000 penduduk B40 terima rawatan asas, suntikan vaksin
200,000 penduduk B40 terima rawatan asas, suntikan vaksin
200,000 penduduk B40 terima rawatan asas, suntikan vaksin
200,000 penduduk B40 terima rawatan asas, suntikan vaksin

SHAH ALAM, 5 JUN: Kira-kira 200,000 penduduk berpendapatan rendah di seluruh negeri ini disasar menerima manfaat Iltizam Selangor Sihat (ISS) tahun ini meliputi rawatan asas dan suntikan vaksin.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata manfaat itu termasuk dialisis, rawatan pesakit dalam (hospitalisasi) dan perlindungan penyakit kritikal dengan dana keseluruhan RM20 juta.

Menurutnya, seramai 80,215 ahli aktif ISS direkod setakat 31 Mac bagi memastikan ahli menepati terma dan syarat penerima seperti golongan berpendapatan rendah merangkumi keluarga dan individu.

“Tahun-tahun sebelum ini, memang kita lebih fokus kepada klinik iaitu kita memberikan RM500 kepada kategori keluarga dan RM250 bujang atau me-

reka yang gunakan kad itu untuk diri sendiri sahaja (untuk manfaat asas).

“Pada 2024 manfaat lain yang sangat penting ditambah iaitu hospitalisasi.

Pemegang kad boleh jalani rawatan bukan saja di klinik panel namun di hospital awam atau swasta yang menjadi panel kita dengan rawatan sehingga maksimum RM10,000,” katanya.

Jamaliah menjelaskan bantuan tersebut membantu mengurangkan beban kos rawatan golongan berpendapatan rendah, selain mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

Beliau menambah pemegang kad ISS juga hanya perlu membayar sebahagian kecil kos rawatan kerana Kerajaan Ne-

geri menanggung subsidi sehingga RM70 bagi setiap rawatan di klinik panel.

“Pada mereka ia sangat baik dan mengurangkan beban terutama yang berpendapatan rendah. ISS ini sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

“Contohnya, bagi pembedahan ka-tarak atau rawatan yang memerlukan pesakit berada di hospital, tetapi tidak dalam keadaan yang terlalu serius,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata ISS salah satu program utama negeri bagi membantu rakyat kurang berkemampuan menampung kos perubatan yang semakin meningkat.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, program itu membolehkan rakyat Selangor menerima bantuan rawatan asas secara percuma, termasuk manfaat perlindungan kematian dan penyakit kritikal.

Pada 2025, Selangor mengembangkan manfaat hospitalisasi ISS meliputi rawatan dialisis secara percuma sehingga tiga bulan dengan had RM10,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.