Negeri Sembilan bubar DUN esok, sedia hadapi PRN

4 Jun 2026, 3:49 PM
Negeri Sembilan bubar DUN esok, sedia hadapi PRN

SHAH ALAM, 4 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara rasmi dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini malam ini.

Beliau berkata pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini.

“Keputusan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan perkara ini adalah mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Selepas pembubaran DUN ini, notis akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk proses seterusnya termasuk penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di sini, malam ini.

Menurut Aminuddin, pembubaran DUN perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat memberikan mandat baharu kepada kerajaan negeri.

Katanya, keputusan itu turut mengambil kira kemelut politik yang berlaku sebelum ini yang disifatkan tidak sesuai untuk kestabilan pentadbiran negeri.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin memaklumkan rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) telah dimuktamadkan.

Beliau berkata agihan 36 kerusi melibatkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan diumumkan minggu depan.

Untuk rekod, PRN Negeri Sembilan kali terakhir diadakan pada 12 Ogos 2023 dengan HARAPAN memenangi 17 kerusi DUN, diikuti BN (14) dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi.

Mengikut tempoh penggal semasa, DUN Negeri Sembilan sepatutnya hanya tamat pada September 2028 sebelum keputusan pembubaran dibuat lebih awal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.