Rumah Rehat Seri Berkat bakal dibuka semula, tapak perkhemahan antara tarikan

1 Jun 2026, 10:00 AM
Rumah Rehat Seri Berkat bakal dibuka semula, tapak perkhemahan antara tarikan
Rumah Rehat Seri Berkat bakal dibuka semula, tapak perkhemahan antara tarikan
Rumah Rehat Seri Berkat bakal dibuka semula, tapak perkhemahan antara tarikan
Rumah Rehat Seri Berkat bakal dibuka semula, tapak perkhemahan antara tarikan
Rumah Rehat Seri Berkat bakal dibuka semula, tapak perkhemahan antara tarikan

AMPANG JAYA, 1 JUN: Rumah Rehat Seri Berkat di Kuala Kubu Bharu bakal kembali beroperasi dalam masa terdekat selepas melalui proses naik taraf bagi menawarkan pengalaman perkhemahan dan glamping kepada pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkata lokasi yang terletak berhampiran Bukit Fraser itu dijangka menjadi antara destinasi pelancongan baharu di Selangor.

Menurutnya, Tourism Selangor sedang melakukan persiapan akhir sebelum kawasan berkenaan dibuka kepada orang ramai.

“Di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Tourism Selangor sebenarnya sebelum ini kita jaga satu tempat Rumah Rehat Seri Berkat di Fraser Hill sempadan dengan Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling ditemui media Ketika Majlis Makan Malam Persahabatan Malaysia- China 2026 di Puncak ALOP Ampang pada 31 Mei 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Di sana kita juga tengah buat persiapan terakhir untuk buka 'campsite' kepada pelancong yang suka 'camping' dan 'glamping'.

“Hujung minggu ini ada buat try run, untuk pelancaran nanti kita akan umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam Malaysia-China yang menghimpunkan lebih 100 pelancong dari China di sini malam tadi.

November lalu, Tourism Selangor memeterai perjanjian antara Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd dan The 1926 Camphouse Sdn Bhd bagi projek naik taraf pengoperasian Rumah Rehat Seri Berkat serta Padang Awam Bukit Fraser, Hulu Selangor.

Rumah Rehat Seri Berkat, Kuala Kubu Bharu bakal kembali beroperasi selepas melalui proses naik taraf bagi menawarkan pengalaman perkhemahan dan glamping kepada pelancong. Foto Tourism Selangor

Kerjasama itu bertujuan menaik taraf kemudahan pelancongan, memperkukuh pengoperasian aset negeri serta memberi nafas baharu kepada Rumah Rehat Seri Berkat menerusi pelbagai perancangan aktiviti.

Langkah strategik tersebut dijangka meningkatkan pengalaman pelawat dengan kemudahan yang lebih selesa, menarik dan efisien sekali gus memperkukuh tarikan pelancongan di kawasan Bukit Fraser.

Lokasi tapak perkhemahan di Rumah Rehat Seri Berkat yang akan beroperasi semula selepas proses naik taraf. Foto Tourism Selangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.