Kuota BUDI95 kekal 200 liter sebulan, paparan 150 liter hanya ralat sistem

1 Jun 2026, 1:30 AM

PUTRAJAYA, 1 JUN: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menjelaskan bahawa paparan had bulanan BUDI95 sebanyak 150 liter yang dilihat sebahagian pengguna ketika penyelenggaraan sistem pada 11 malam tadi, berpunca daripada ralat teknikal sistem.

Menurut kementerian itu, ralat berkenaan telah dikenal pasti dan dibuat pembetulan.

“Kuota bulanan BUDI95 kekal 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak, termasuk untuk Jun 2026,” menurut MOF dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu menegaskan tiada sebarang perubahan dibuat terhadap had bulanan BUDI95.

Kenyataan MOF itu memaklumkan bahawa kementerian itu akan terus memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus dan teratur bagi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bantuan subsidi bersasar sampai kepada golongan yang layak.

“Segala kekeliruan berkenaan ralat ini amat dikesali,” menurut kenyataan MOF.

Program BUDI95 ataupun inisiatif BUDI MADANI RON95 merupakan bantuan subsidi petrol bersasar kerajaan, yang membolehkan rakyat menikmati harga RON95 bersubsidi pada kadar tetap RM1.99 seliter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.