Menyempurnakan perjalanan fizikal, rohani paling agung

29 Mei 2026, 2:00 PM
Menyempurnakan perjalanan fizikal, rohani paling agung

Ibadah haji yang berlangsung sekali setahun menjadi perjalanan suci paling agung dan impian setiap umat Islam dalam menyempurnakan Rukun Islam kelima.

Jutaan tetamu Allah dari seluruh dunia berhimpun di Tanah Suci dengan penuh keikhlasan dan pengorbanan, meninggalkan segala urusan dunia demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bermula dengan wukuf di Padang Arafah, perjalanan diteruskan ke Mudzalifah dan Mina sebelum jemaah menyempurnakan tawaf serta saie di Masjidil Haram. Setiap detik sarat dengan doa, keinsafan, kesabaran dan semangat ukhuwah sesama umat Islam.

Di sebalik cuaca panas dan lautan manusia, ibadah haji menjadi medan penyucian jiwa yang mengajar erti tawaduk, pengorbanan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Berikut antara detik bermakna sepanjang perjalanan suci itu yang dirakam menerusi lensa kamera, daripada suasana wukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah dan melontar di Mina hinggalah saat jemaah menyempurnakan ibadah di Masjidil Haram.

Jemaah haji dari seluruh dunia kini berada di Arafah bagi melaksanakan rukun haji kedua, iaitu wukuf di Arafah yang bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah, iaitu apabila masuk waktu Zohor, hingga seketika sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Foto BERNAMA

ARAFAH, 27 Mei -- Jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia membanjiri Jabar Rahmah bagi memanjatkan doa, berzikir dan bermunajat pada hari wukuf di Padang Arafah pada 27 Mei 2026. Foto BERNAMA

Jemaah haji menadah tangan dengan wajah sayu dan penuh keinsafan ketika berdoa di Jabal Rahmah pada hari wukuf di Padang Arafah pada 27 Mei 2026 dalam suasana yang dipenuhi lautan manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Foto BERNAMA

Jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia membanjiri Jabar Rahmah bagi memanjatkan doa, berzikir dan bermunajat pada hari wukuf di Padang Arafah pada 27 Mei 2026. Foto BERNAMA

Jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia membanjiri Jabar Rahmah bagi memanjatkan doa, berzikir dan bermunajat pada hari wukuf di Padang Arafah pada 27 Mei 2026. Foto BERNAMA

Seorang jemaah haji tekun membaca al-Quran di Jabal Rahmah, menyemarakkan suasana penuh ketenangan dan keinsafan pada hari wukuf di Padang Arafah pada 27 Mei 2026. Pada masa sama, jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia membanjiri Jabal Rahmah bagi memanjatkan doa, berzikir dan bermunajat pada hari wukuf. Foto BERNAMA

Jemaah haji berehat dan bermalam (bermabit) di Muzdalifah sebelum meneruskan perjalanan semula ke Mina untuk menyempurnakan ibadah haji pada musim haji tahun ini. Foto BERNAMA

Jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia menuju ke Jamarat bagi melaksanakan rukun haji melontar Jamrah pada 27 Mei 2026. Foto BERNAMA

Jemaah haji menunaikan ibadah melontar di Jamrah Al-Aqabah pada 27 Mei 2026. Ibadah melontar yang dilaksanakan jemaah haji di Mina bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, malah membawa maksud lebih mendalam sebagai simbol pembaharuan diri dan penolakan sifat mazmumah dalam kehidupan seorang Muslim. Foto BERNAMA

Suasana jemaah haji melakukan tawaf haji di Masjidil Haram pada 28 Mei 2026. hari ini. Foto BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.