500 ekor ayam disumbang kepada penduduk Batu 16 sempena Aidiladha

28 Mei 2026, 10:00 AM
500 ekor ayam disumbang kepada penduduk Batu 16 sempena Aidiladha

SHAH ALAM, 28 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menyampaikan sumbangan 500 ekor ayam kepada penduduk di Batu 16 sempena Aidiladha.

Wakil rakyatnya, Datuk Johan Abd Aziz berharap sumbangan tersebut diharap dapat memberi manfaat dan menceriakan persiapan keluarga penerima dalam menyambut hari yang penuh keberkatan itu.

“Alhamdulillah, sempena sambutan Aidiladha, 500 ekor ayam diserahkan kepada penduduk di sekitar Batu 16.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada mantan Ketua Kampung, Tok Dafi bersama badan bukan kerajaan (NGO) sebagai pelaksana atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program kebajikan bagi menyemarakkan semangat Aidiladha,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Johan yang juga penyelaras DUN Semenyih turut mendoakan supaya setiap amalan umat Islam yang menunaikan ibadah korban diterima Allah SWT.

“Mereka yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, saya doakan semoga dikurniakan haji yang mabrur, insya-allah.

“Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.