MB terima kunjungan jemaah tabligh Seri Petaling, kongsi perkembangan GSF 2.0

28 Mei 2026, 8:29 AM
MB terima kunjungan jemaah tabligh Seri Petaling, kongsi perkembangan GSF 2.0
MB terima kunjungan jemaah tabligh Seri Petaling, kongsi perkembangan GSF 2.0
MB terima kunjungan jemaah tabligh Seri Petaling, kongsi perkembangan GSF 2.0

SHAH ALAM, 28 MEI: Dato’ Menteri Besar menerima kunjungan jemaah tabligh dari Seri Petaling yang diketuai Muawwin Syura Malaysia, Haji Salleh Mubin, semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata melalui pertemuan tersebut beliau dimaklumkan mengenai persiapan penganjuran Ijtimak Tabligh peringkat negeri Selangor yang akan berlangsung di Cyberjaya dalam tempoh terdekat.

“Kami turut menunaikan solat Maghrib berjemaah yang disusuli dengan laungan takbir penuh keinsafan.

“Selain bertanya khabar, saya turut mendengar perkembangan terkini gerakan dakwah jemaah tabligh yang cukup dikenali atas usaha menyampaikan syiar Islam, bukan sahaja di dalam negara malah merentasi pelbagai pelosok dunia,” katanya menerusi Facebook.

Pada masa sama, Amirudin turut berkongsi perkembangan terkini pasukan Global Sumud Flotilla 2.0 kepada jemaah tersebut yang membawa misi kemanusiaan dan solidariti sejagat.

Beliau berharap segala usaha yang digerakkan demi agama, kemanusiaan serta kesejahteraan ummah terus dipermudah dan diberkati Allah SWT.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.